Pages

Sunday 11 December 2011

Rasulullah Saw. bersabda, “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah Swt. daripada orang mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Capailah dengan sungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah. Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan, ‘Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, niscaya tidak akan menjadi begini dan begitu.’ Tetapi katakanlah, ‘lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.’ Karena sesungguhnya ungkapan kata 'kalau' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan setan.’”

[HR. Muslim, Ibnu Majah dan Imam Ahmad]

Surat Kepada Tuhan

Tuhan..
Malam ini kembali aku mengetuk pintu Mu
Lewat rasanya doa dan pujian yang terlantun
Dalam isak tangis yang menghiba


Ku bersimpuh di ribaan Mu
Pada setiap waktu ku yang tersisa
Berusaha untuk tetap tegak dan teguh
Menghadang setiap badai dalam hidup
Menepis gemuruh ragu dalam kalbu

Allah..
Engkaulah kekuatan dalam setiap jengkal nadi ku
Mencengkam erat di setiap hembusan nafasku
Membuncah rasa rindu ku pada Mu
Menggema di dalam relung kalbu

Aku takut ya Rabb…
Tidak dapat memenuhi setiap janji yang terucap
Tidak dapat menahan kenikmatan dunia yang mempesona
Bahkan tak mampu kendalikan nafsu yang membelenggu

Ya, nafsu ini begitu kuat menggoda
Berusaha luruhkan rasa Cinta ku pada Mu
Memesongkan nikmat yang telah Engkau beri
Menafikan Engkau seakan Kau tiada

Bantulah aku ya Rabbi..
Tepiskan segala resah yang menyelimuti hati
Hilangkan semua gelisah yang memeluk jiwa
Buang setiap keraguan yang mendakap kalbu
Hulurkan tangan Mu di sepanjang jalan ku
Berikan Cahaya Mu menerangi langkah ku
Jangan biarkan aku rebah lagi dalam lumpur dosa

Pimpinlah aku ya Allah..
Pegang erat jiwa ku yang selalu ingin mengembara
Berkelana mencari cinta hakiki Mu
Mengeja ayat demi ayat di dalam Kitab Suci Mu
Agar kau tak berpaling dari ku

Tuhan..
Tutup semua pintu dosa ku
Jangan biarkan lautan dosa menenggelamkan aku
Dalam buih-buih kenistaan yang menggunung
Izinkan aku menjejak kaki langit
Mencari dan menemukan cinta sejatiku

Kerana aku tahu ya Rabbi…

Hanya cinta Mu yang paling hakiki....


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/surat-kepada-tuhan/#ixzz1e0o1Z24L

Wahai Saudariku Yang Ku Cinta KeranaNya

Untuk Saudariku Yang Ku Cinta KeranaNya..
Saudari, Kalian adalah tulang rusuk yang hilang ,
Jika kalian dalam penantian ,
maka,
Jadikan penantian itu jalan menuju Keberkatan.
Menanti bukan bererti berdiam diri , atau
menunggu tanpa erti.

Kalian adalah bidadari yang di cari.
Sebelum pemilik tulang rusuk datang menjemput ,
Isilah masa penantianmu dengan Taqwa , Sabar , Doa , dan Tawakkal.

Al-Haya’ (malu) yang menjadi perisai bagimu
akan membuatmu segan untuk mengungkap perasaan.
Cinta yang tak mampu kau ungkap..
Cinta yang hanya kau dakap dalam diam..
Kerana mungkin kau tak seberani KHADIJAH..

Izinkan saya berdialog dari hati ke hati.
Saudariku, kamu mungkin jauh lebih faham tentang yang ingin saya sampaikan ,
Namun , tiada salahnya jika kita sama-sama mengimbasnya kembali ,
Atau setidaknya, menasihati diri saya sendiri ..


Beberapa tips mengisi penantian dengan proses yang berkat untuk hasil yang berkat :
Sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.
Taqarub Illalah! Kerana Dialah Sang Pemilik Hati ,
Yang Menguasai Hati dan Maha Tahu Segala Isi Hati.

Persiapkan bekal kerana perjalanan itu jauh.
Tholabul’ilmi never ending!
Percantik diri dengan mempercantik lahir dan batinmu.
Perbaiki diri kerana InsyaAllah di seberang sana
dia pun sedang sibuk memperbaiki dirinya
Yakinlah…!! Bahawa Wanita yang baik hanya untuk Lelaki yang baik pula…

Saudara… Jaga hijabmu agar sentiasa terpelihara..
Jaga Izzahmu kerana engkau adalah calon bidadari syurga.
Buatlah syair , puisi , atau surat cinta untuk sang belahan jiwa.
Curahkanlah segala perasaanmu selama dalam
penantian, tentang cinta dan rindu..

meskipun saat ini kau tak tahu untuk siapa suratmu kau tujukan.
Allah sedang merahsiakan…
Tapi , yakinlah.. Sang Sutradara Kehidupan
sudah mempersiapkan yang terbaik untukmu..

Berikanlah surat itu apabila saat waktunya tiba..
Biarlah waktu yang bicara , kerana waktu tak pernah berdusta.
InsyaAllah, virus Cinta yang mencuba
merosak komputer hati kamu semua di masa penantian ,
akan terscan oleh anti virus Iman dan syiar Cinta untuk dinanti..

Dan InsyaAllah pula,, ta’aruf kedua , ketiga , keempat
dan ta’aruf – ta’aruf berikutnya di mahligai rumah tangga ,
akan semakin berbunga dengan adanya syiar-syiar indah perekat Cinta…
Jangan buat penantianmu sia-sia.

Bersegera, namun jangan tergesa-gesa,
Sebelum ijab Qabul keluar dari Lisan ”Si Pemilik Cinta”‘ ,
hati-hatilah menempatkan perasaanmu,
kerana boleh jadi, Cintamu Salah Kau Alamatkan..!

Bila yakin telah tiba , teguhkan didalam jiwa,
Kesabaran menjadi bunga,
Sementara waktu berlalu,
Penantian tidak berakhir sia-sia…




Saat Perjalanan adalah pencarian diri,

Laksana Zulaikha menjalani hari,

Sabar menanti Yusuf sang tambatan Hati,

Di penantian Mencari diri,

Bermohonkan ampunan,

Di pertemukan…



Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/wahai-saudariku-yang-ku-cinta-kerananya/#ixzz1e0qgb0We

Allah, besarnya Engkau dihatiku..

khusus utk dicintai.. ~Allah maha besar~




Allah..
besarnya Engkau dihatiku..
tiada sesuatu yang bisa menggantikanMU..
hanya Engkau yang bertakhta disanubari setiap waktu..
dan tidak ade sesuatu yang mampu memahamiku selainMU..

Allah..
cintaku padaMU tiada berbelah bagi..
hanya Engkau satu-satunya penyejuk qalbu..
pendamai jiwaku dikala resah..
dikala rasa sedih menyapa..
Engkau memujuk aku dengan ayat cintaMU..
menguatkan aku dengan janji-janjiMU..
yakin..
orang -orang beriman selalu diuji kerana kasihnya Engkau pada aku..

Allah..
saat ini Engkau menyaksikanku
menyaksikan setiap butiran air mata yang berguguran..
yang tulus dari hati untukMU..
semoga hati ini terus menangis keranaMU
terus mengalir seperti air sungai walau dihalang ribuan batu..
sehingga penghujung nafas terakhir..
dalam husnul khotimah..

Allah..
aku tidak mengerti dengan dunia..
apa yang aku tahu
aku ada penciptaku..
yang sangat mengasihiku..
yang selalu menemaniku dimana sahaja..
yang sentiasa dalam hatiku
disegenap jiwa..
ya Allah..
tuhanku..

Allah..
Engkau sedikit pun tidak pernah menjauhi ku..
tidak pernah sekali pun menzalimiku..
ampunkan aku yang dulu pernah menjauhiMU..
aku yang lemah..
yang selalu menzalimi diriku sendiri.
yang terlalu banyak berdosa denganMU.

Allah..
kini, aku adalah diriku yang baru..
semuanya atas kehendakMU..
yang hidup dan matiku hanyalah untukMU..
kasih sayang yang Engkau berikan adalah sebesar-besar nikmat bagiku..
itulah nikmat yang paling aku syukuri antara nikmat-nikmatMU..
yang paling manis
yang paling berharga
yang paling bahagia aku rasakan..
nikmat beriman padaMU tuhanku..

Allah..
dakaplah, peluklah aku dengan cintaMU..
baluti jiwaku dengan kasihMU..
redhoilah setiap langkahku..
jangan biarkan aku lalai dengan dunia..
kerana
disaat akhir nanti aku ingin sekali berjumpa dengan penciptaku
melihat wajahMU disebaik-baik tempat iaitu syurga..

Allah..
Engkau dekat, tersangat dekat dengan jiwaku..
Engkau maha mengetahui segala isi hati..
Engkau bergerak dlm nadi..
membuat hati terasa sejuk bergetar..
dan yang maha mengerti aku dlm setiap perkara..

Allah..
kurniakan aku kekuatan untuk aku hidup didunia yang sementara ini
kekuatan untuk hidup hanya semata-mata keranaMU..
sebelum kita bertemu..
kerana hanya Engkau sebesar-besar dihatiku..
selama-lamanya..
alhamdulillah..segala pujian hanya layak untuk engkau..
Allahuakbar..

http://islamicprincess90.blogspot.com/2011/01/allah-besarnya-engkau-dihatiku.html

Nasihat buat diri jua muslimah

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.J angan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........




http://syurgahatiku.blogspot.com/2009/05/nasihat-buat-muslimah.html

Impian Seorang Muslimah



Mampukah aku menjadi seperti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…

Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Sarah….

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Hajar….

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….



http://kimsnet.wordpress.com/2008/11/25/impian-seorang-muslimah/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...